MAKSUD KORBAN NAZAR | Portrait Agama

MAKSUD KORBAN NAZAR

 On Saturday, 21 June 2014  

Soalan; salam ustaz, boleh tolong jelaskan kepada saya tentang korban nazar dan bagaimanakah sesuatu korban itu boleh menjadi korban nazar.



Jawapan;



Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.



Hukum asal ibadah korban menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafiie) ialah sunat muakkad iaitu sunat yang amat dituntut dan makruh meninggalkannya bagi yang mampu. Ia berubah menjadi wajib apabila dinazarkan. Nazar bermaksud; seorang mukallaf dengan pilihannya sendiri telah melafazkan ucapan untuk mewajibkan ke atas dirinya suatu amalan yang asalnya tidak wajib (iaitu sunat sahaja), dengan ucapannya itu amalan tersebut menjadi wajib atas dirinya. Ucapan nazar itu boleh dengan bahasa nazar itu sendiri seperti berkata; ‘Jika sembuh sakitku, aku bernazar untuk bersedekah” dan boleh juga dengan bahasa lain yang mewajibkan ke atas diri seperti berkata; “Jika Allah menyembuhkan sakitku, wajib atas diriku bagi Allah sedekah dengan nilai sekian sekian”.



Bagi ibadah korban, ia menjadi nazar apabila seorang berkata; “Aku bernazar untuk berkorban pada tahun ini”, atau berkata; “Wajib ke atas diriku bagi Allah berkorban pada tahun ini” atau berkata; “Jika sakitku sembuh, wajib atas diriku untuk berkorban pada tahun ini”. Bagi lafaz terakhir (iaitu “jika sakitku sembuh, wajib atas diriku berkorban”) korban hanya menjadi wajib jika perkara yang diikat dengan korban itu benar-benar berlaku (dalam kes ini; sembuh dari sakit). Ia dinamakan nazar muqayyad (iaitu nazar berkait). Adapun nazar dengan lafaz sebelumnya dinamakan nazar mutlak (nazar bebas).



Nazar wajib dilaksanakan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “(Di antara sifat orang-orang yang baik/taat ialah) mereka memenuhi nazar mereka…” (surah al-Insan, ayat 7). Nabi SAW bersabda; “Sesiapa bernazar untuk mentaati Allah (yakni bernazar untuk melakukan suatu amalan ketaatan), hendaklah dia mentaati Allah (dengan melaksanakan nazarnya itu)” (Soheh al-Bukhari; 6696, dari ‘Aisyah RA).



Wallahu a’lam.



Rujukan;



1. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/78 (perkataan ‘udhhiyah’), 40/136 (perkataan ‘nazr’).

View the original article here

MAKSUD KORBAN NAZAR 4.5 5 ss Saturday, 21 June 2014 Soalan; salam ustaz, boleh tolong jelaskan kepada saya tentang korban nazar dan bagaimanakah sesuatu korban itu boleh menjadi korban nazar. ...