SUAMI ENGGAN BERKERJA DAN MENGABAIKAN NAFKAH | Portrait Agama

SUAMI ENGGAN BERKERJA DAN MENGABAIKAN NAFKAH

 On Sunday, 15 June 2014  

SUAMI ENGGAN BERKERJA DAN MENGABAIKAN NAFKAH

Soalan

Apakah hukum nya kalau seorang suami yg masih muda dan cergas lagi menggangur. Beliau tidak langsung mahu mencari pekerjaan sunnguh pun sang isteri sudah berkali2 menasihatkan dia untuk cari apa saja kerja tidak kira pendapatan atau gaji nya kecil dari gaji istri. Sang isteri yang bekerja terpaksa membiayai semua perbelanjaan rumah dan anak termasuk makan minum suaminya walau pun pendpatan isteri kecil.

Jawapan;

Bismillah,

1. Apabila seorang lelaki telah berkahwin dan berkeluarga, wajib dia menanggung nafkah isteri (*sekalipun isteri kaya atau bergaji) dan juga anak-anaknya mengikut yang sepatutnya, merangkumi tempat tinggal, belanja makan, pakaian dan sebagainya dari keperluan hidup.

Sabda Nabi SAW; “Ketahuilah bahawa hak mereka (yakni isteri-isteri kamu) ke atas kamu (yakni yang mesti kamu tunaikan) ialah kamu menyediakan dengan baik (keperluan) makanan dan pakaian untuk mereka” (Sunan at-Tirmizi; 1163, dari ‘Amru bin al-Ahwash RA. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh). 

Oleh itu, amat perlu seorang suami mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan yang membolehkannya menunaikan kewajipan memberi nafkah tersebut. 

2. Isteri sekalipun kaya dan bergaji, tidak dituntut menanggung nafkah dirinya dan keluarga (termasuk membiayai perbelanjaan rumah dan anak-anak) kerana itu adalah tanggungjawab suami. Suami tidak berhak memaksa isteri membelanjakan wangnya atau gajinya untuk perbelanjaan keluarga, kecuali dengan kerelaan isteri untuk membantu suami. Keengganaan isteri dalam hal ini tidak dianggap nusyuz.

 3. Atas sebab pengabaian nafkah oleh suami, isteri berhak menuntut cerai dari suami atau membuat tuntutan kepada Qadhi.

 Wallahu a’lam.

View the original article here

SUAMI ENGGAN BERKERJA DAN MENGABAIKAN NAFKAH 4.5 5 ss Sunday, 15 June 2014 SUAMI ENGGAN BERKERJA DAN MENGABAIKAN NAFKAH Soalan Apakah hukum nya kalau seorang suami yg masih muda dan cergas lagi menggangur. Beliau ti...