Sumber : Buku Rasulullah Is My Doctor, Jerry D. Gray, PTS Islamika, 2013
Berikut saya salinkan semula dari buku tulisan Jerry D. Gray bertajuk Rasulullah Is My Doctor, iaitu kaedah rawatan bagi beberapa penyakit menggunkan biji jintan hitam. Biji jintan hitam yang dimaksudkan dalam teks di bawah adalah merujuk kepada HABBATUSSAUDA.
ATHMA DAN MASALAH BRONKIOL, PARU-PARU SERTA JANGKITAN SALUR PERNAFASAN
1. Campur 1 sudu teh minyak biji jintan hitam dalam kopi ataupun teh, minum 2 kali sehari. Boleh juga mengambil kapsul biji jintan hitam (500mg) sebanyak 3 kali sehari sebagai alternatif kepada minyak dalam kopi sehingga sembuh. Cara ini membantu meningkatkan stamina bagi melawan penyakit.
2. Gosok dada dengan minyak biji jintan hitam setiap malam
3. Sedut wap minyak biji jintan hitam yang dicampurkan dengan air panas. Ketika proses ini, mata perlu ditutup supaya tidak terganggu oleh wap.
Saya mendapati, menghirup wap daripada minyak biji jintan hitam sangat bermanfaat untuk pelbagai jenis masalah pernafasan ataupun jangkitan - Jerry D. Gray
SAKIT BELAKANG DAN SENGAL
1. Gunakan sejumlah kecil minyak biji jintan hitamyang sudah dihangatkan, iaitu dengan cara mengusap kedua-dua belah tapak tangan dengan cepat. Sapu pada tempat yang sakit dan gosok dengan sedikit bertenaga ( tidak terlalu kuat) sambil membaca surah Al Fatihah.
2. Ketika memakai minyak, minta kepada Allah swt supaya menyembuhkan penyakit
3. Minum minyak biji jintan hitam setiap hari sebanyak satu sudu teh, tiga kali sehari sehingga sembuh.
4. Berbekam
5. Sekiranya selepas kita melakukan semua cara-cara ini, tetapi masih bermasalah, baca ayat-ayat ruqyah yang saya lampirkan pada bab terdahulu. InsyaAllah, Allah swt menerima doa kita dan menyembuhkan kita. (maklumat ini perlu dirujuk kepada buku Rasulullah Is My Doctor)
BATUK DAN JANGKITAN PADA TEKAK
1. Titiskan beberapa titis minyak biji jintan hitam terus ke tempat yang sakit, seperti tekak terutama sebelum tidur. Cara ini perlu dilakukan berulang kali sehingga jangkitan ataupun batuk sembuh.
2. Sapu minyak biji jintan hitam pada dada dan belakang badan.
3. Campurkan satu sudu makan (dua sudu untuk kes yang lebih parah) minyak biji jintan hitam ke dalam air mendidih dan hirup wapnya sebanyak 2 kali sehari.
4. Minum satu sudu minyak biji jintan hitampada waktu pagi dan malam
5. Hancurkan dan rebus halia, kemudian campurkan madu dalam cawan, lalu diminum. Campuran ini baik untuk sakit tekak dan memperbaiki keadaan kesihatan.
6. Minum teh roselle sebanyak 2 kali sehari kerana ia mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, membersihkan darah, dan mengurangi kolesterol serta banyak manfaat lain.
7. Berbekam
LUKA PADA KULIT DAN JANGKITAN
Gunakan minyak biji jintan hitam pada kulit yang luka ataupun mengalami jangkitan sebanyak beberapakali sehari. Anda pasti dapat melihat hasilnya dalam beberapa jam selepas penggunaan. Tambahan pula, minyak biji jintan hitam baik bagi mengurangkan rasa sakit dan rengsa pada bahagian yang luka.
Dengan izin Allah penyakit akan sembuh. Istiqamah dan sabar kerana rawatan menggunakan alam semulajadi akan mengambil sedikit masa. Konsisten itu sangat penting. Baca selawat dan Al Fatihah setiap kali mengubat diri.