HUKUM DAGING GAJAH DAN DAGING KUDA | Portrait Agama

HUKUM DAGING GAJAH DAN DAGING KUDA

 On Monday, 26 May 2014  

Soalan;  assalamualaikum wr.wb pak ustad saya mau tanya bagaimana hukumnya daging gajah dan kuda untuk di makan...,,????



Jawapan;



Bismillah, walhadulillah, wassolatu ala Rasulillah.



1. Daging gajah



Menurut jumhur ulamak (mazhab Hanafi, Syafi’ie dan Hanbali); daging gajah haram dimakan kerana ia tergolong dalam binatang bertaring.  Abu Tsa’labah al-Khusyani RA menceritakan; “Nabi SAW telah melarang kami dari memakan daging haiwan yang bertaring dari binatang-binatang buas” (Soheh al-Bukhari; 5530, 5780. Soheh Muslim; 1932).



Maksud bertaring ialah haiwan yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya (an-Nihayah. Al-Majmu’). Di antara contoh yang disebut ulamak bagi binatang-binatang jenis ini ialah; anjing, kucing, singa, harimau, serigala, gajah, kera dan seumpamanya (lihat; Nailul-Autar, as-Syaukani; 1/131. Al-Majmu’, an-Nawawi; 9/14. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; perkataan “At’imah”).



Menurut mazhab Maliki; haiwan-haiwan yang haram dimakan hanyalah yang disebut keharamannya di dalam al-Quran (antaranya surah al-An’am, ayat 145), iaitu; “bangkai, darah dan daging babi”. Binatang-binatang yang tidak disebut dalam ayat ini tidaklah haram memakannya. Adapun binatang-binatang yang bertaring tadi; makruh memakannya kerana dilarang oleh hadis. Jadi, menurut mazhab Maliki; larangan Nabi SAW dalam hadis tadi adalah larangan makruh, bukan larangan haram (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah).



2. Daging kuda



Daging kuda halal memakannya kerana kehalalannya telah sabit dari hadis-hadis Nabi SAW. Asma binti Abu Bakar RA menceritakan; “Kami pernah menyembelih seekor kuda pada zaman Nabi SAW dan memakannya” (Soheh al-Bukhari; 5510, 5519).  Jabir bin Abdullah RA menceritakan; “Nabi SAW menegah kami dari memakan daging kaldai pada hari Khaibar dan membenarkan kami memakan daging kuda” (Soheh al-Bukhari; 5520. Muslim; 1941).



Wallahu a’lam.

View the original article here

HUKUM DAGING GAJAH DAN DAGING KUDA 4.5 5 ss Monday, 26 May 2014 Soalan;   assalamualaikum wr.wb pak ustad saya mau tanya bagaimana hukumnya daging gajah dan kuda untuk di makan...,,???? Jawapan; Bismilla...


Related Post:

  • HUKUM DAGING LANDAKSoalan; assalam..ustaz,apakah hukum makan daging landak..? ianya juga buas dan bertaring..trm ksh. Jawapan;Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.Yang dilarang oleh hadis ialah binatang buas bertaring yang menggunakan gigi taringnya unt… Read More
  • HUKUM DAGING LANDAKSoalan; assalam..ustaz,apakah hukum makan daging landak..? ianya juga buas dan bertaring..trm ksh. Jawapan;Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.Yang dilarang oleh hadis ialah binatang buas bertaring yang menggunakan gigi taringnya unt… Read More
  • MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAMSoalan; ustaz, ingin penjelasan berkenaan hukum memberi daging korban kepada orang kafir. Adakah harus? Adakah hilang pahala korban? Terima kasih. Jawapan;Terdapat beza pandangan antara ulamak dalam masalah di atas;Pandangan pertama; daging korban ti… Read More
  • HUKUM DAGING GAJAH DAN DAGING KUDASoalan;  assalamualaikum wr.wb pak ustad saya mau tanya bagaimana hukumnya daging gajah dan kuda untuk di makan...,,???? Jawapan;Bismillah, walhadulillah, wassolatu ala Rasulillah.1. Daging gajahMenurut jumhur ulamak (mazhab Hanafi, Syafi’ie dan Hanb… Read More
  • CARA PENGAGIHAN DAGING KORBAN NAZAR DAN KORBAN UNTUK SI MATISoalan; ASSALAMUALAIKUM USTAZ. BOLEHKAH DAGING KORBAN WAJIB/NAZAR/WASIAT DI AGIHKAN KEPADA ORANG KAYA. MOHON PENJELASAN,TERIMA KASIH.Jawapan;Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.Masalah di atas terdapat khilaf di kalangan ulamak;1. Men… Read More