Saifuddin Nasution Dan PKR Menyesal Kerana Tuduh FELDA Jual Minyak Sawit Pada Israel... | Portrait Agama

Saifuddin Nasution Dan PKR Menyesal Kerana Tuduh FELDA Jual Minyak Sawit Pada Israel...

 On Sunday 4 May 2014  

type='html'>

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, mengakui bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada Israel sebaliknya ia dihantar kepada Palestin.

“PKR telah menyatakan rasa kesal dengan dua artikel yang ditulis dan dicetak itu yang merujuk kepada Felda. 

PKR juga mengakui dan menerima bahawa  Felda IFFCO Oil Product Sdn Bhd telah pada Mac 2010 mengantar minyak mentah ke Palestin dan bukan Israel serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel.

“Untuk makluman, pada tahun 2012 akhbar milik PKR, Suara Keadilan telah mencetak dan menerbitkan dua artikel yang bertajuk Dua Ribu  Himpun Bantah Felda Jual Minyak Ke Israel dan BN Jangan Tipu Rakyat pada edisi Suara Keadilan bertarikh 27 November yang menuduh Felda menjual minyak mentah kepada Israel.

“PKR juga telah menarik balik segala imputasi yang telah dibuat dan akan dibuat oleh artikel berhubung perkara tersebut yang telah diterbitkan di dalam Suara Keadilan pada 27 November 2012 yang lalu.

“Bagimanapun setakat ini Pas dan Harakah masih lagi senyap membisu seribu bahasa dan kita ternyata-tanya apakah kedudukan dan keputusan yang akan mereka ambil disebabkan keputusan penghakiman hari ini, di mana rakan sekutunya PKR telah menyatakan rasa kesal serta mengakui bahawa Felda tidak pernah menjalankan sebarang urus niaga dengan negara Israel atau mana-mana syarikat milik negara tersebut,” SUMBER

Lepas 2 tahun korang fitnah FELDA, dah busuk nama FELDA korang jaja satu malaysia, baru nak menyesal...

View the original article here

Saifuddin Nasution Dan PKR Menyesal Kerana Tuduh FELDA Jual Minyak Sawit Pada Israel... 4.5 5 ss Sunday 4 May 2014 type='html'> Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, mengakui bahawa Felda tidak pernah menghantar minyak mentah kepada ...